House Boat Royal Belum

Map Sebagai mana yang kita tahu, Hutan Belum terletak di utara hujung Perak. Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan ``gazette`` sebagai zon keselamatan/ selamat.

Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat. Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.

Untuk mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan, jom ikut kami meneroka Hutan Belum dengan pakej istimewa daripada kami. Banyak lagi yang akan diceritakan di sana.

GALLERY

Itinerary

Aturcara Pakej Houseboat Royal Belum 3 Hari 2 Malam

Lain dari Yang Lain

Aturcara tertakluk keadaan cuaca dan kesesuaian waktu program serta tempat

Sarapan pagi dan bertolak ke Kg Orang Asli dan beramah mesra dengan penduduk kampung tersebut. Kemudian bertolak ke lubuk ikan untuk memancing dan mandi Tasik. Pada waktu malam, aktiviti memancing di atas boat dan aktiviti bebas (boleh karaoke dan sebagainya).

Sarapan pagi dan Tracking ke Sungai Ruok. Kemudian ke Sungai Papan untuk menaiki titi gantung dan melihat sira binatang liar. Selepas itu, mandi air terjun dan bermain dengan ikan Kelah dan aktiviti bebas.

Sarapan pagi dan aktiviti bebas. Sekiranya berminat untuk menaiki rakit, boleh sewa di tempat yang telah disediakan. Pada waktu petang aktiviti untuk melihat Bunga Rafflesia atau aktiviti memancing dan sebagainya(mengikut kesesuaian waktu dan cuaca) dan bertolak ke jeti.

Termasuk Dalam Pakej

  • Penginapan

    House Boat - Penginapan Max 25 orang

  • Makan

    Makan 3 kali sehari termasuk BBQ.

  • Tiket Masuk

    Bayaran dan tiket masuk ke tempat lawatan

  • Pengangkutan - Sekiranya pickup dari Kota Bharu atau KL Sentral

    Hyundai Starex, Van Toyota Hiace atau Perodua Alza.

Tidak Termasuk Dalam Pakej
  • Permit Taman Negara ( RM15 / Seorang)

  • Permit Joran ( RM5 Sebatang)

Maklumat Am

Tips, Informasi dan maklumat tambahan

Maklumat Am
 Boleh bawa bekalan dan memasak di boat.
 Tempat memasak dan peralatan di sediakan.
 Tempat lawatan mengikut kesesuaian masa.
Deposit dan Pembayaran
Bayaran deposit RM50 untuk seorang diperlukan. Sekiranya ingin membatalkan pakej, caj akan dikenakan mengikut Terma dan Syarat Pembayaran. Baki bayaran selepas deposit boleh dibayar secara beransur dan perlu dijelaskan 40 hari sebelum tarikh pelepasan.

Senarai Harga dan Tempahan

Untuk harga tanpa makan sila hubungi konsultant kami seperti dibawah untuk menyemak tarikh pelepasan.

Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.

Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej:  +609 718 1016
 +6011 5504 8855

 [email protected]

Pertanyaan Lanjut? Whatsapp atau hubungi +601155048855