India Muslim Pilgrimage Tour

Map India merupakan antara destinasi pelancongan yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

Tidak dapat dinafikan bahawa India menawarkan begitu banyak tempat-tempat menarik yang mampu membuatkan pelancong yang berkunjung terpukau dan terpesona dengan keindahan yang disajikan seperti Taj Mahal dan juga ``The Abandoned City`` di Jaiupur.

Mendapat Gelaran Syurga Dunia Ada Di Antara Jammu Dan Kashmir, begitulah gelaran yang diberikan kepada Kashmir. Berdasarkan lokasi geografi dan di dalam peta, anda boleh perhatikan bahawa wilayah Kashmir merupakan wilayah yang wujud bersama dengan Jammu.

Maka ia lebih dikenali sebagai wilayah Jammu dan Kashmir. Wilayah ini terletak di bahagian utara India dan bersempadan dengan Pakistan.

Ia juga merupakan sebuah kawasan yang bergunung-ganang. Maka tidak hairan jugalah jika Kashmir menjadi antara destinasi tumpuan bagi mereka yang menggemari aktiviti hiking.

Kashmir juga merupakan wilayah yang mengalami 4 musim seperti mana di Eropah. Waktu yang menarik dan dicadangkan oleh ramai pelancong untuk anda melancong ke Kashmir adalah pada pertengahan bulan April kerana pada ketika ini, bahagian utara India sedang mengalami musim bunga.

Kashmir merupakan antara kawasan di India yang majoritinya adalah merupakan Muslim manakala di Jammu pula, kebanyakan penduduknya adalah beragama Hindu.

Adalah baik bagi anda untuk mengetahui agama yang dianuti oleh majoriti penduduk di sesebuah kawasan supaya anda tidak menyentuh sensitiviti sesetengah agama.

GALLERY

Itinerary

Aturcara 6 Hari 5 Malam

India - Muslim Pilgrimage Tour

Aturcara tertakluk keadaan cuaca dan kesesuaian waktu program serta tempat

Tiba di Lapangan Terbang Delhi dan akan disambut oleh krew kami dan terus ke hotel. Makan malam dan bermalam di hotel.

Para tetamu akan dibawa melawat Jama Masjid dan Dargah of Sufi Saint Nizamuddin Aulia. Kemudian melawat Delhi Taj, Humayun’s Tomb dan Qutub Minar. Bermalam di hotel.

Para tetamu akan dibawa ke Agra. Tiba di Agra, terus ke Taj Mahal untuk menyaksikan senibina yang menakjubkan bagi zaman yang kian maju ini. Dibina oleh Shah Jahan pada tahun 1653. Selepas berjalan-jalan sekitar Taj Mahal, para tetamu akan dibawa ke klasik hotel untuk menikmati buffet lunch. Kemudian, sambung lawatan ke Agra Fort. Bermalam di hotel.

Selepas sarapan, para tetamu akan dibawa ke Jaipur. Dalam perjalanan, kita akan singgah di Fatehpur Sikri, dinamakan juga sebagai ‘The Abandoned City’ yang dibina oleh Emperor Akbar. Tiba di Jaipur dan bermalam di hotel.

Selepas sarapan, para tetamu akan melawat Ajmer dan Dargah of Khwaja Moinuddin Chisti. Balik ke Jaipur dan bermalam di hotel.

Perjalanan di Jaipur bermula dengan melawat Amber Fort yang terletak di Aravali Hills. Kemudian sambung lawatan ke Agra Fort – Maharaja’s City Palace dan balai cerap, Hawa Mahal dan Palace on Wheels. Akhir sekali, bergerak ke lapangan terbang Delhi dan berlepas ke tanah air.

Termasuk Dalam Pakej

  • Penginapan

    Penginapan hotel 3 / 4 bintang (Srinagar Deluxe Houseboat + Breakfast)

  • Pengangkutan

    Pengangkutan dengan penyaman udara (Kereta / Bas)

  • Elaun driver

    Caj petrol dan parking

  • Guide

    Tour guide Kacak berbahasa Inggeris

  • Penerbangan Domestik

    Domestic flight (Delhi – Srinagar – Delhi)

  • Tiket Masuk

    Bayaran dan Tiket masuk tempat lawatan

  • Makan

    Makan 3 kali sehari. Breakfast hotel, Makan tengahari dan makan malam (makanan halal untuk Muslim)

Tidak Termasuk Dalam Pakej
  • Penerbangan Antarabangsa

    Tiket penerbangan antarabangsa (Kecuali Pakej FULL)

  • Lain-lain perbelanjaan peribadi

Senarai Harga dan Tempahan

Untuk Full Package termasuk flight sila hubungi konsultant kami seperti dibawah untuk menyemak tarikh pelepasan.

Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.

Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej:  +609 718 1016
 +6011 5504 8855

 [email protected]

Pertanyaan Lanjut? Whatsapp atau hubungi +601155048855