Senarai Harga dan Tempahan
Untuk Full Package termasuk flight sila hubungi konsultant kami seperti dibawah untuk menyemak tarikh pelepasan.
.
Istanbul - Cappadocia - Isparta - Pamukkale - Istanbul
Kami dengan teliti menyediakan jadual perjalanan supaya peserta dapat menikmati perjalanan yang selesa dan tidak mengabaikan Solat serta makanan Halal.
Kami faham permintaan sesetengah pelanggan yang hanya mahu melawat sesetengah bandar seperti Istanbul dan Cappadocia. Oleh kerana jarak antara dua bandar ini agak jauh, kami dengan jayanya menyediakan pakej ke Turki yang akan melawat dua buah bandar utama ini dan harga pakej adalah termasuk tiket penerbangan domestik.
Penerbangan domestic hanya untuk menghubungkan bandar utama di dalam Aturcara
Selamat datang ke Istanbul, krew kami akan menjemput anda di lapangan terbang. Selepas itu anda akan dibawa melawat Blue Mosque, Hippodrome Square, Topkapi Palace dan Hagia Sophia. Selepas makan malam anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Cappadocia.
Selepas sarapan, anda akan dibawa untuk ``Full Day Tour`` di Cappadocia. Lawatan bermula dengan Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom Valley, Camel Rockdan Gerome Valley Open Air Museum. Kemudian akan dibawa untuk makan tengahari istimewa di Cave Restaurant. Seterusnya anda akan dibawa melawat ke kilang membuat pasu, Kilang Karpet dan kedai cenderamatauntuk membeli belah. Pada malamnya selepas makan malam anda berpeluang menyaksikan Derwish Sufi Show. Bermalam di Cappadocia.
Selepas bersarapan, pengembaraan anda akan diteruskan ke Konya. Sekiranya anda bertuah, anda berpeluang untuk berhenti di Panoramauntuk menyaksikan matahari terbit. Dalam perjalanan anda berpeluang untuk singgah di Ancient Caravanserai Sultanhanisebelum meneruskan perjalanan keLavender dan Rose Farm diIsparta. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Pamukkale. Bermalam di Pamukkale.
Selepas bersarapan, lawatan di Pamukkalediteruskan. Anda akan dibawa melawat Hierapolis dan Necropolisdan kemudiannya ke Cotton Castle. Bagi yang suka aktiviti lasak dan mencabar, anda berpeluang bermain Paragliding(optional). Selepas itu anda akan dihantar ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Istanbul. Bermalam di Istanbul.
Pagi ini anda akan dibawa meronda sekitar Kota Istanbul. Anda akan melawat Sulaymanite Mosqueyang merupakan masjid terbesar di Istanbul. Selepas itu, perjalanan akan duteruskan dengan melawat Eyub Sultan Mosqueyang merupakan tempat bersemadinya jasad mulia Sahabat Rasulullah saw Abu Ayyub Al-Ansari. Bermalam di Istanbul.
Aktiviti hari ini adalah bebas. Anda akan dibawa ke Istanbul Forum Outletuntuk membeli belah. Selepas itu, anda akan dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Selamatjalan dan semoga berjumpa lagi.
2 tiket penerbangan domestic (Turki)
Tips, Informasi dan maklumat tambahan
.
Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.
Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej: +609 718 1016
+6011 5504 8855