Musim Sejuk dan Bunga Pertengahan Nov – April

Map Mari Bersama-sama Kami Menjejaki Ketamadunan & Peradaban Islam Di Bumi Turki! Ketamadunan Islam dari Zaman BYZANTINE hinggalah Zaman Empayar UTHMANIYAH.

Dengan pakej turki cities escape ini kami akan membawa anda ke seluruh Turki dan menjejaki tempat-tempat menarik yang bersejarah seperti Acropolis Of Pergamum, Bandar Kuno Ephesus dan banyak lagi.

Apabila melihat sendiri Pakej Turki yang dijual di Pasaran, kami perasan tentang Kualiti yang telah diabaikan. Pakej turki 3-4 tahun lepas bukanlah seperti ini, kesemuanya jauh lebih berkualiti, pemandu pelancong yang arif dan berpengalaman serta lawatan berkonsepkan ilmu.

Kami dengan teliti menyediakan jadual perjalanan supaya peserta dapat menikmati perjalanan yang selesa dan tidak mengabaikan Solat serta makanan Halal.

GALLERY

Itinerary

Aturcara Pakej Turki Cities Escape

Musim Bunga, Panas dan Luruh Pertengahan Mei – Oktober

Aturcara tertakluk keadaan cuaca dan kesesuaian waktu program serta tempat

Setibanya di Istanbul, kita aka bergerak ke Galipoli merentasi selat Dardenelles dengan menaiki feri untuk ke Bandar Canakkale. Hari ini anda dibawa melawat Troy, tempat yang terkenal dengan Trojan Horse. Check in hotel dan bermalam di Canakkale.

Pagi ini, kita akan bergerak di sepanjang pesisir Laut Aegean untuk ke Acropolis Of Pergamum yang merupakan sebuah pusat pemerintahan kerajaan Asia Minor yang terkuat. Anda akan dibawa melawat temple dan perpustakaan kuno kedua terbesar di dunia yanbg dikenali Asklepion. Perjalanan disambung ke Kusadasi, sebuah Bandar di pesisir laut Aegean. Bermalam di Kusadasi.

Hari ini anda akan dibawa melawat Bandar kuno Ephesus yang mempunyai Gymnasiums, Agoras, the Domitian Square dan theater terbesar di Anatolia yang mempunyai 25000 kapasiti. Perhentian kita seterusnya adalah Cave of Seven Sleepers. Sambung perjalanan ke Pamukkale.

Selepas sarapan, kita mulakan lawatan hari ini ke Hierapolis yang pernah menjadi sebuah Bandar Kerajaan Rom. Anda berpeluang melihat sebuah Theater besar Kerajaan Rom di sini. Selepas itu, kita akan melihat Cotton Castle. Ia adalah salah satu kejadian semulajadi yang unik dan mengkagumkan terbentuk hasil daripada air panas dari dalam bumi yang mengandungi kalsium dan bahan galian lain. Sambung perjalanan ke Cappadocia dan berhenti di Konya untuk melawat Mezlana Jellaludin ar-Rumi Museum. Bermalam di Cappadocia.

Aktiviti hari ini kita mulakan lawatan di Cappadocia. Antara tempat lawatan hari ini adalah Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom valley, Camel Rock, Gerome Valley Open Air Museum. Selepas melawat, anda akan dihidang makan tengahari istimewa di Cave Restaurant. Hari ini juga, anda akan dibawa ke rumah seramik tempatan dan kilang karpet Turki. Makan malam di Hotel.

Seawal pagi, kita akan bergerak dari hotel ke Bolu. Kita singgah di Tasik Garam sebelum tiba di Ankara. Selepas itu, anda akan dibawa melihat Mausoleum of Ataturk (Anit kabir) di mana tempat bagi persemadian Presiden Pertama Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Kita juga akan melawat Palace of President Republic of Turkey. Bermalam di Bolu.

Selepas bersarapan, anda akan check—out bilik dan bergerak terus ke Istanbul. Dalam perjalanan, kita akan berhenti di Tasik Sapanca/Tasik Abant. Setibanya di Istanbul, tetamu akan dibawa menaiki Bosphorus Cruise mengelilingi selat Bosphorus. Selepas itu, anda diberi waktu untuk membeli belah di Spice Bazaar sebelum dibawa ke hotel. Bermalam di Istanbul.

Hari ini anda akan dibawa melawat Muzium Hagia Sophia, Masjid Biru, Hippodrome Square dan Istana Topkapi. Istana Topkapi pernah menjadi istana Kerajaan Turki Uthmaniah lebih dari 500 tahun dan sekarang ia merupakan sebuah muzium yanbg menempatkan pelbagai artifak Kerajaan Turki Uthmaniah dan juga barang peninggalan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Selepas makan tengahari, anda dibawa ke Grand Bazaar yang merupakan bazar tertutup tertua di dunia. Anda akan dihantar ke airport untuk penerbangan pulang.

Termasuk Dalam Pakej

  • Penginapan

    Hotel 4 bintang atau setaraf

  • Makan

    Makan 3 kali sehari

  • Tiket Masuk

    Bayaran dan tiket masuk ke tempat lawatan

  • Pengangkutan

    Pengangkutan peribadi (Mercedes Sprinter/Minibus). Sekiranya ramai melebihi 20 orang untuk satu group VIP bas akan digunakan

  • Guide

    Pemandu pelancong Kacak Turki (English Speaking). Untuk kumpulan ramai akan diiringi oleh wakil syarikat sebagai Group Leader.

  • Airport Transfer

  • Bhosporus Cruise

  • Insurans Perjalanan

    Insurans perjalanan dibawah Allianz Travelcare.

  • Tol dan Parking

    Bayaran tol lebuhraya dan parker untuk pengangkutan termasuk dalam pakej

Tidak Termasuk Dalam Pakej
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Kecuali Pakej FULL)

  • Aktiviti tambahan; contoh belon udara panas / Hot Air Baloon

  • Tipping Guide & Driver

  • Lain-lain perbelanjaan peribadi

Maklumat Am

Tips, Informasi dan maklumat tambahan

Maklumat Am
Sila semak tarikh pelepasan sebelum memilih tarikh trip. Ini kerana hari ahad Grand Bazaar tutup. Hari selasa, Istana Topkapi tutup dan Hari Isnin Hagia Sophia Tutup.
Deposit dan Pembayaran
Bayaran deposit RM600 untuk seorang diperlukan. Sekiranya ingin membatalkan pakej, caj akan dikenakan mengikut Terma dan Syarat Pembayaran. Baki bayaran selepas deposit boleh dibayar secara beransur dan perlu dijelaskan 40 hari sebelum tarikh pelepasan.

Senarai Harga dan Tempahan

Untuk Full Package termasuk flight sila hubungi konsultant kami seperti dibawah untuk menyemak tarikh pelepasan.

Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.

Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej:  +609 718 1016
 +6011 5504 8855

 [email protected]

Pertanyaan Lanjut? Whatsapp atau hubungi +601155048855