Musim Sejuk dan Bunga Pertengahan Nov – April

Map Festival Bunga Tulip di Turki sangat dinanti nanti oleh para pelancong dari seluruh Dunia, kerana bunga tulip merupakan salah satu bunga yang menarik perhatian pecinta flora.

Bagaimana tidak, bentuk bunganya sangat unik, ditambah variasi warnanya yang menawan. Bunga tulip ini juga merupakan bunga yang melambangkan rasa cinta dan keindahan dunia. Kecantikan bentuk dan penampilan warnanya sangat sulit digambarkan.

Mari Bersama Kami menikmati keindahan musim bunga di turki sambil Menjejaki Ketamadunan & Peradaban Islam Di Bumi Turki! Ketamadunan Islam dari Zaman BYZANTINE hinggalah Zaman Empayar UTHMANIYAH.

Apabila melihat sendiri Pakej Turki yang dijual di Pasaran, kami perasan tentang Kualiti yang telah diabaikan. Pakej turki 3-4 tahun lepas bukanlah seperti ini, kesemuanya jauh lebih berkualiti, pemandu pelancong yang arif dan berpengalaman serta lawatan berkonsepkan ilmu.

Kami dengan teliti menyediakan jadual perjalanan supaya peserta dapat menikmati perjalanan yang selesa dan tidak mengabaikan Solat serta makanan Halal.

GALLERY

Itinerary

Aturcara Pakej Turki Tulip Festival

Musim Bunga Mac – May

Aturcara tertakluk keadaan cuaca dan kesesuaian waktu program serta tempat

Para tetamu tiba di Instanbul dan akan disambut oleh krew kami. Hari ini perjalanan kita ke Ankara, ibu Negara Turki. Dalam perjalanan kita akan berhenti di Tasik Sapanca/ Tasik Abant sebelum kita menyambung perjalanan ke Ankara dan bermalam di Ankara.

Seawal pagi, kita akan bergerak dari hotel ke Cappadocia. Anda akan dibawa melihat Mausoleum of Ataturk (Anit Kabir) dimana tempat bagi persemadian Presiden Pertama Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Kita juga akan melawat Palace of President Republic of Turkey. Sambung perjalanan dan berhenti di Tasik Garam dan bermalam di Cappadocia.

Selepas bersarapan, pengembaraan anda diteruskan ke Konya. Sekiranya mempunyai waktu, anda berpeluang untuk berhenti di Panorama untuk menyaksikan matahari terbit. Dalam perjalanan anda berpeluang untuk singgah di Ancient Caravanserai Sultanhani sebelum meneruskan perjalanan ke Lavender dan Rose Farm di Isparta. Selepas lawatan dan makan tengahari, kita akan menyambung perjalanan ke Pamukkale dan bermalam di Pamukkale.

Hari ini, anda akan check-out awal pagi dan bergerak ke ibu kota Konya. Di perjalanan, kita akan berhenti di Caravanserai Sultanhani yang dibina oleh kerajaan Islam Turki dahulu untuk persinggahan bagi para pedagang. Selepas itu, setibanya di Bandar Konya anda akan di bawa melawat Mezlana Jellaludin ar-Rumi Museum. Selepas lawatan dan makan tengahari, kita akan menyambung perjalanan ke Pamukkale dan bermalam di Pamukkale.

Hari ini, kita bergerak ke keluar hotel untuk melawat Pamukkale. Kita mulakan lawatan hari ini ke Hierapolis dan Necropolis, sebuah Bandar tinggalan Kerajaan Rom. Selepas itu lawatan diteruskan ke Cotton Castle, satu tempat semulajadi terhasil daripada thermal water dari bawah bumi. Selepas makan tengahari, kita sambung perjalanan ke Kusadasi dan berhenti solat di Isa Bey Mosque sebelum melawat Ephesus dan bermalam di Kusadasi.

Awal pagi anda check – out bilik dan terus bergerak ke Bursa, sebuah ibu kota pertama kerajaan Islam Usmaniah selama berdekad. Di Bursa kita akan melawat Green Mosque dan Green Tomb. Selepas solat dan makan tengahari, anda akan dibawa melawat Grand Mosque dan diberi masa untuk membeli belah di Koza Han atau lebih dikenali sebagai Bazar Sutera sebelum dihantar ke hotel dan bermalam di Bursa.

Seawall pagi, anda akan bergerak ke Istanbul. Setibanya di Istanbul , anda akan melawat sebuah taman Bunga Tulip iaitu Emirgan Tulip Park. Selepas itu, berhenti solat dan menziarahi makam sahabat Rasulullah saw, Abu Ayyub an- Ansari ra di Eyub Sultan Mosque. Seterusnya, dibawa ke Grand Bazar untuk membeli cenderahati. Sebelum ke hotel, kami akaan membawa tetamu menaiki Bosphorus Cruise mengelilingi Selat Bosphurus sambil menghayati pemandangan Istanbul Asia & Eropah yang sangat indah dan bermalam di Istanbul.

Aktiviti terakhir hari ini adalah paling dinantikan. Anda akan dibawa melawat masjid tersohor iaitu Majid Biru, Hippodrome Square dan Muzium Hagia Sophia. Seterusnya melawat Istana Topkapi yang menjadi muzium menempatkan pelbagai artifak kerajaan Islam Turki Usmaniah dan juga barang – barang peribadi Rasulullah saw serta Sahabat baginda. Kemudian, anda dibawa ke Spice Bazar untuk membeli manisan Turki. Para tetamu dihantar ke airport untuk penerbangan pulang.

Termasuk Dalam Pakej

  • Penginapan

    Hotel 4 bintang atau setaraf

  • Makan

    Makan 3 kali sehari

  • Tiket Masuk

    Bayaran dan tiket masuk ke tempat lawatan

  • Pengangkutan

    Pengangkutan peribadi (Mercedes Sprinter/Minibus). Sekiranya ramai melebihi 20 orang untuk satu group VIP bas akan digunakan

  • Guide

    Pemandu pelancong Kacak Turki (English Speaking). Untuk kumpulan ramai akan diiringi oleh wakil syarikat sebagai Group Leader.

  • Airport Transfer

  • Bhosporus Cruise

  • Insurans Perjalanan

    Insurans perjalanan dibawah Allianz Travelcare.

  • Tol dan Parking

    Bayaran tol lebuhraya dan parker untuk pengangkutan termasuk dalam pakej

Tidak Termasuk Dalam Pakej
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Kecuali Pakej FULL)

  • Aktiviti tambahan; contoh belon udara panas / Hot Air Baloon

  • Tipping Guide & Driver

  • Lain-lain perbelanjaan peribadi

Maklumat Am

Tips, Informasi dan maklumat tambahan

Maklumat Am
Sila semak tarikh pelepasan sebelum memilih tarikh trip. Ini kerana hari ahad Grand Bazaar tutup. Hari selasa, Istana Topkapi tutup dan Hari Isnin Hagia Sophia Tutup.
Deposit dan Pembayaran
Bayaran deposit RM600 untuk seorang diperlukan. Sekiranya ingin membatalkan pakej, caj akan dikenakan mengikut Terma dan Syarat Pembayaran. Baki bayaran selepas deposit boleh dibayar secara beransur dan perlu dijelaskan 40 hari sebelum tarikh pelepasan.

Senarai Harga dan Tempahan

Untuk Full Package termasuk flight sila hubungi konsultant kami seperti dibawah untuk menyemak tarikh pelepasan.

Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.

Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej:  +609 718 1016
 +6011 5504 8855

 [email protected]

Pertanyaan Lanjut? Whatsapp atau hubungi +601155048855