6 Hari 5 Malam Egypt / Mesir
Sesuai sepanjang Tahun untuk Percutian Keluarga atau Trip Berkumpulan
Sesuai sepanjamg Tahun untuk Percutian Keluarga atau Trip Berkumpulan

Oleh itu kami telah menyediakan pakej Melancong ke Mesir yang boleh anda pertimbangkan sebagai salah satu destinasi pilihan untuk bercuti.
Pakej pelancongan Mesir / Egypt ini direka khas bagi memudahkan perjalanan dan merealisasikan impian anda untuk melawat Mesir yang penuh dengan keindahan untuk anda terokai dan nikmati berkonsepkan Jejak Rasul dan Kenabian.
Apabila sebut tentang Mesir atau Egypt, apa yang bermain di fikiran anda? Kami pasti perkara pertama yang terlintas adalah Piramid dan Firaun. Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi yang masih boleh diterokai dengan pakej bercuti di Mesir yang ditawarkan oleh kami.
Mesir atau dalam bahasa ingeris Egypt terkenal dengan sejarah tertua di antara negara-negara. Mesir adalah sebuah negara yang menarik dan menjadi salah satu destinasi impian pelancong dari seluruh dunia. Keunikan mesir bukan sahaja terlihat daripada struktur dan monumen lama, tetapi ia juga mempunyai keunikan dari sejarah islam dan Firaun, kebudayaan dan juga kedudukan geografinya.
GALLERY
Itinerary
Aturcara Pakej 6 Hari 5 Malam Egypt / Mesir
Aturcara tertakluk keadaan cuaca dan kesesuaian waktu program serta tempat
Setibanya di lapangan terbang Cairo, para tetamu akan di sambut oleh wakil kami, kemudian dibawa ke pangsapuri atau hotel untuk berehat.
Setelah sarapan pagi, anda akan dibawa ke bandar Alexandria oleh Profesional Guide kami untuk menikmati dan membuat lawatan sepanjang hari di Kayetbey Citadel - Bibliotheca Alexandria. Makan tengahari di restoran tempatan kemudian melawat Taman Al Montazah. Kembali ke Cairo dan makan malam.
Selepas bersarapan, melawat Pyramids of Giza dan the Sphinx, yang dianggap salah satu daripada 7 keajaiban di dunia. Makan tengahari di restoran tempatan. Kita akan bergerak untuk menonton pembuatan secara berperingkat dan melawat salah sebuah kedai yang khusus dalam membuat minyak wangi dan Papyrus Paper . Kemudian ke Pharaonic Village (perkampungan fir'aun) yang unik untuk mendapatkan persekitaran di zaman fir'aun. Akhir sekali keluar untuk makan malam di salah sebuah restoran terapung di Sungai Nil.
Setelah sarapan pagi, bergerak ke Kota Faiyoom iaitu bandar Nabi Yusuf a.s bersama Profesional Guide untuk menikmati dan membuat lawatan sepanjang hari di Prophet Joseph' s Wheel (Roda Nabi Yusuf) - Qorun Castle(Istana Qorun) - Qorun Lake (Tasik Qorun) - Faiyoom Nature Fountain (Air Terjun Alam Faiyoom) - Faiyoom Desert (Gurun Faiyoom). Makan tengah hari di restoran tempatan kemudian bergerak ke Cairo. Makan malam di hotel
Sarapan pagi dan bergerak untuk melengkapkan lawatan Islam di Citadel of Saladin - Masjid Mohammed Ali - Masjid Amr Ibn El-Aas , setelah makan tengahari di salah sebuah restoran tempatan yang berdekatan, diikuti dengan melawat Asfour Crystal iaitu tempat pembuatan kristal yang juga pembuat kristal terbesar di Afrika. Akhir sekali ke Masjid Imam Syafie dan makamnya, kemudian lawatan percuma ke Bazar Khan Khalili.
Persiapan akhir untuk berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Termasuk Dalam Pakej
Tidak Termasuk Dalam Pakej
Maklumat Am
Tips, Informasi dan maklumat tambahan
Maklumat Am
Pengangkutan di Mesir (Pengangkutan Darat)1) 1-5 / private car or MPV
2) 6-10 / Van Toyota Hiace atau Hyundai Starex
3) 11-20 / Van Jumbo Coaster
4) 21-30 / Mini Bus 33 seater
5) 31-50 / Bus Mercede 600 @ 500 or other
Deposit dan Pembayaran
Bayaran deposit RM600 untuk seorang diperlukan. Sekiranya ingin membatalkan pakej, caj akan dikenakan mengikut Terma dan Syarat Pembayaran. Baki bayaran selepas deposit boleh dibayar secara beransur dan perlu dijelaskan 40 hari sebelum tarikh pelepasan.Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.
Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej: +609 718 1016
+6011 5504 8855