Musim Sejuk dan Bunga Pertengahan Nov – April

Map Alami Percutian Luar Biasa di Musim Sejuk dengan Pakej Winter Festival kami. Mari Bersama Kami Menjejaki Ketamadunan & Peradaban Islam Di Bumi Turki! Ketamadunan Islam dari Zaman BYZANTINE hinggalah Zaman Empayar UTHMANIYAH.

Apabila melihat sendiri Pakej Turki yang dijual di Pasaran, kami perasan tentang Kualiti yang telah diabaikan. Pakej turki 3-4 tahun lepas bukanlah seperti ini, kesemuanya jauh lebih berkualiti, pemandu pelancong yang arif dan berpengalaman serta lawatan berkonsepkan ilmu.

Kami dengan teliti menyediakan jadual perjalanan supaya peserta dapat menikmati perjalanan yang selesa dan tidak mengabaikan Solat serta makanan Halal.

GALLERY

Itinerary

Aturcara Pakej Turki Winter

Musim Sejuk dan Bunga Pertengahan Nov – April

Para tetamu tiba di Instanbul dan akan disambut oleh krew kami. Hari ini perjalanan kita ke Ankara, ibu Negara Turki. Dalam perjalanan kita akan berhenti di Tasik Sapanca/ Tasik Abant sebelum kita menyambung perjalanan ke Ankara dan bermalam di Ankara.

Seawal pagi, kita akan bergerak dari hotel ke Cappadocia. Anda akan dibawa melihat Mausoleum of Ataturk (Anit Kabir) dimana tempat bagi persemadian Presiden Pertama Turki, Mustafa Kamal Ataturk. Kita juga akan melawat Palace of President Republic of Turkey. Sambung perjalanan dan berhenti di Tasik Garam dan bermalam di Cappadocia.

Selepas bersarapan, kita mulakan lawatan di Cappadocia. Antara tempat lawatan hari ini adalah Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill, Uchisar Castle, Mushroom Valley, Camel Rock, Gerome Valley Open Air Museum. Selepas melawat, anda akan dihidangkan makan tengahari istimewa di Cave Restaurant. Hari ini juga, anda akan dibawa ke rumah seramik tempatan dan kilang karpet Turki. Makan malam di hotel.

Hari ini, anda akan check-out awal pagi dan bergerak ke ibu kota Konya. Di perjalanan, kita akan berhenti di Caravanserai Sultanhani yang dibina oleh kerajaan Islam Turki dahulu untuk persinggahan bagi para pedagang. Selepas itu, setibanya di Bandar Konya anda akan di bawa melawat Mezlana Jellaludin ar-Rumi Museum. Selepas lawatan dan makan tengahari, kita akan menyambung perjalanan ke Pamukkale dan bermalam di Pamukkale.

Kita mulakan lawatan hari ini ke Hierapolis yang pernah menjadi sebuah Bandar Kerajaan Rom. Anda berpeluang melihat sebuah Theater besar Kerajaan Rom disini. Selepas itu, kita akan melihat Cottpn Castle. Ia adalah salah satu kejadian semulajdi yang unik dan mengagumkan terbentuk hasil daripada air panas dari dalam bumi yang mengandungi kalsium dan bahan galian lain. Selepasa makan tengahari, kita akan bertolak pulang ke Bursa dan bermalam di Bursa.

Bursa adalah ibu Negara pertama kerajaan Islam Usmaniah Turki untuk beberapa dekad. Hari ini, kita akan melawat Uluu Camii yang merupakan salah satu masjid yang menampakkan senibina ketika era peralihan zaman Selcuk kepada Usmaniah. Anda juga akan dibawa ke Koza Han atau dikenali Pasar Sutera untuk membeli belah. Selapas itu menziarahi Green Mosque dan Yesil Turbesi. Di sini, anda akan makan tengahari dan solat sebelum naik ke pergunungan Uludag. Anda akan mendapat pengalaman berharga menaiki Cable Car ke Gunung Uludag yang berketinggian melebihi 3000 kaki dan bermain salji dan sukan ski/sledder disana.kemudian turun dari gunung dan sambung perjalanan ke Istanbul dan bermalam di Istanbul

Hari ini anda akan dibawa melawat Muzium Hagia Solphia,. Masjid Biru, Hippodrome Square dan Istana Topkapi .Istana Topkapi pernah menjadi istana Kerajaan Turki Uthmaniah lebih dari 500 tahun dan sekarang ia merupakan sebuah muzium yang menempatkan pelbagai artifak Kerajaan Turki Uthmaniah dan juga barang peninggalan Rasulullah saw dan para Sahabt baginda. Sebelum pulang ke hotel, anda akan dibawa menaiki Bosphorud Cruise mengelilingi Selat Bhosporus dan Golden Horn. Selepas itu akan diberi masa membeli belah di Spice Bazar.

Hari ini, kita akan melawat Masjid Sulaiman yang merupakan masjid terbesar di Istanbul. Selepas itu anda dibawa ke Pierre Lotti dan menziarahi makam Sahabat Rasulullah saw, iaitu Abu Ayyub al-Ansari r.a. selepas makan tengahri, anda dibawa ke Grand Bazar untuk membeli belah. Ia yang merupakan bazar tertutup tertua di dunia. Kemudian, anda akan dihantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia

Termasuk Dalam Pakej

  • Penginapan

    Hotel 4 bintang atau setaraf

  • Makan

    Makan 3 kali sehari

  • Tiket Masuk

    Bayaran dan tiket masuk ke tempat lawatan

  • Pengangkutan

    Pengangkutan peribadi (Mercedes Sprinter/Minibus). Sekiranya ramai melebihi 20 orang untuk satu group VIP bas akan digunakan

  • Guide

    Pemandu pelancong Kacak Turki (English Speaking). Untuk kumpulan ramai akan diiringi oleh wakil syarikat sebagai Group Leader.

  • Airport Transfer

  • Bhosporus Cruise

  • Insurans Perjalanan

    Insurans perjalanan dibawah Allianz Travelcare.

  • Tol dan Parking

    Bayaran tol lebuhraya dan parker untuk pengangkutan termasuk dalam pakej

Tidak Termasuk Dalam Pakej
  • Tiket penerbangan antarabangsa (Kecuali Pakej FULL)

  • Aktiviti tambahan; contoh belon udara panas / Hot Air Baloon

  • Tipping Guide & Driver

  • Lain-lain perbelanjaan peribadi

Maklumat Am

Tips, Informasi dan maklumat tambahan

Maklumat Am
Sila semak tarikh pelepasan sebelum memilih tarikh trip. Ini kerana hari ahad Grand Bazaar tutup. Hari selasa, Istana Topkapi tutup dan Hari Isnin Hagia Sophia Tutup.
Deposit dan Pembayaran
Bayaran deposit RM600 untuk seorang diperlukan. Sekiranya ingin membatalkan pakej, caj akan dikenakan mengikut Terma dan Syarat Pembayaran. Baki bayaran selepas deposit boleh dibayar secara beransur dan perlu dijelaskan 40 hari sebelum tarikh pelepasan.

Senarai Harga dan Tempahan

Untuk Full Package termasuk flight sila hubungi konsultant kami seperti dibawah untuk menyemak tarikh pelepasan.

Jika ada sebarang soalan, jangan segan untuk menghubungi kami. Terima Kasih.

Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan
Pej:  +609 718 1016
 +6011 5504 8855

 [email protected]

Pertanyaan Lanjut? Whatsapp atau hubungi +601155048855